Pandangan Saya Tentang: Kepentingan menjaga timeline proses penjualan hartanah...
Ada satu isu yang saya rasa wajar dilihat dengan lebih jelas oleh ejen. Kepentingan menjaga timeline proses penjualan hartanah dari penerimaan booking sehingga vacant possession.
Apa yang saya selalu nampak berlaku sekarang ialah ejen selalu ambil ringan tempoh masa dan term and condition yang dipersetujui dan dinyatakan dalam borang offer to purchase. Pandangan saya, setiap ejen perlu peka dan pakar pada setiap term and condition yang dipersetujui antara pihak pembeli dan penjual.
Saya melihatnya begitu kerana untuk melindungi setiap pihak, sama ada dari pihak pembeli dan penjual, mahupun ejen itu sendiri. Pengalaman yang membentuk pandangan ini ialah pernah pihak penjual membatalkan penjualan atas sebab tempoh masa untuk signing SPA tidak mengikut dalam Offer to Purchace dan akhirnya banyak pihak yang akan terkesan dan juga memberi reputasi yang kurang baik pada ejen itu sendiri.
Apa yang saya harap ejen boleh faham atau ubah ialah jangan malu dan malas untuk bertanya jika ada keraguan. Sentiasa terbuka dan bersedia untuk mencari ilmu baru. Kalau nak ingat satu benda daripada sharing ini: biasakan dengan yang betul, betulkan yang dah terbiasa.
Semoga perkongsian ini memberi satu sudut pandang yang boleh terus dipraktikkan dalam kerja harian sebagai ejen.
— Fairuz Salehan
Comments
No comments yet.