Follow up dengan client secara konsisten, bukan hanya bila nak closing.
Untuk minggu ni, saya nak fokus pada satu skill: Follow up dengan client secara konsisten, bukan hanya bila nak closing.
Skill ini penting kerana sebab ramai client bukan tak berminat, cuma belum bersedia. Follow up yang baik boleh bina trust dan buka peluang untuk closing.
Kesilapan yang biasa saya nampak ialah terlalu banyak tanya “Dah decide ke?” atau terus push nak closing. Kadang-kadang client rasa tertekan dan terus senyap.
Cara saya sendiri gunakan skill ini ialah saya cuba follow up ikut situasi client. Kalau client masih survey, saya bagi info yang membantu dulu, bukan terus paksa buat keputusan.
Kalau nak improve, boleh mula dengan 3 langkah mudah: 1. Follow up secara konsisten. 2. Tanya keadaan/keperluan client. 3. Beri value atau info yang boleh bantu client buat keputusan.
Contoh yang boleh digunakan: “Hi, macam mana dengan rumah yang kita tengok hari tu? Kalau ada apa-apa yang masih buat awak tak pasti, boleh share dengan saya. Saya cuba bantu explain 😊”.
Latihan kecil untuk minggu ini: Pilih 5 client lama setiap hari dan buat follow up secara personal. Jangan copy-paste ayat yang sama untuk semua. Cuba faham dulu apa yang client perlukan. 🔥.
Harap ada satu point daripada sharing ni yang korang boleh ambil dan terus praktikkan.
— Nazreen
Comments
No comments yet.