KOD ETIKA & TINGKAH LAKU EJEN ZPROP
📌 KOD ETIKA & TINGKAH LAKU EJEN ZPROP
Sebagai ZPROP Fighter, kita bukan sekadar membawa nama sendiri.
Setiap tindakan, komunikasi dan cara kita berurusan dengan client, rakan ejen dan pihak luar turut membawa nama ZPROP Group & Maxxan Realty.
Sebab itu, semua ejen perlu faham dan jaga standard etika yang sama.
✅ Perkara utama yang perlu dijaga
1. Integriti & Amanah
Sentiasa jujur dalam urusan dengan client, owner, buyer dan rakan ejen.
2. Hormat Sesama Ejen
Elakkan konflik yang tidak perlu. Jaga adab dan profesionalisme walaupun berbeza pandangan.
3. Jaga Kerahsiaan
Maklumat client, team, sistem dalaman dan urusan management perlu dijaga dengan baik.
4. Komunikasi Profesional
Gunakan bahasa yang baik dan elakkan provokasi, fitnah atau penyebaran maklumat yang belum pasti.
5. Jaga Reputasi ZPROP & Maxxan
Apa yang kita post dan kongsikan di media sosial boleh memberi kesan kepada imej diri dan organisasi.
6. Elakkan Isu Sensitif Dalam Group Kerja
Gunakan group mengikut fungsi dan tujuan yang telah ditetapkan.
7. Support & Bantu Sesama Team
Kita grow lebih cepat bila saling berkongsi ilmu, peluang dan pengalaman.
8. Terus Tingkatkan Ilmu
Sentiasa upgrade skill, pengetahuan dan cara kerja supaya standard diri sentiasa meningkat.
⚠️ Jika berlaku sebarang isu
Jangan terus buat andaian atau sebarkan cerita kepada pihak lain.
Rujuk kepada Leader atau Management melalui saluran rasmi supaya sesuatu isu dapat diselesaikan dengan cara yang betul.
Kita nak bina ZPROP bukan sekadar sebagai team yang besar, tetapi sebagai komuniti ejen yang:
✅ Profesional
✅ Berintegriti
✅ Dipercayai
✅ Saling menghormati
📖 Baca Standard Etika Ejen ZPROP & Reminder di sini:
https://nak.info/StandardEtikaEjenZPROP-Reminder
PROFESSIONAL • INTEGRITY • RESPECT
Comments
No comments yet.